Friday, October 31, 2008

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PADA 30 OKT 2008 MESJID HOSPITAL IPOH

Pra Hari Koku 30 okt 2008 (satu)

Thursday, October 30, 2008

Pra Hari koku 2008 (29OKT 2008)

Saturday, October 25, 2008

SELAMAT HARI DEEPAVALI


SELAMAT HARI DEEPAVALI (Pesta Cahaya) untuk guru-guru dan pelajar kaum India yang beragama Hindu. Selasa cuti peristiwa..jangan datang sekolah

Wednesday, October 22, 2008

HARI KOKURIKULUM 2008


1. Objektif :
1.1. Menjana pelajar ke arah yang lebih berketrampilan, progresif, waja diri , bermotivasi tinggi, di samping memupuk semangat kesukanan.
1.2. Mencungkil bakat pelajar yang berpotensi mewakili sekolah dalam aktiviti kokurikulum.
1.3. Mengaplikasikan konsep akedamik merentasi kokurikulum
1.4. Menarik minat pelajar ke sekolah selepas peperiksaan.

2. Kumpulan Sasaran : Semua pelajar tingkatan 4 aliran teknikal dan vokasional. Dengan penglibatan pelajar (20 – 40 pelajar setiap kelas) untuk 27 acara.

3. Pelaksanaan :-
3.1. Pra Hari Kokurikulum

3.1.1. Tarikh : 29 /10/08 hingga 6/11/08
3.1.2. Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
3.1.3. Tempat : Rujuk jadual.

3.2. Penutup hari Kokurikulum, Pelaksanaan Program Rimup, Jamuan Hari keluarga / Hari Raya Asrama. (4 dalam 1)

3.2.1. Tarikh : 6/11/08
3.2.2. Masa : 8.00 – 10.00 PM
3.2.3. Tempat : Bengkel Binaan Bangunan
3.2.4. Perasmi : Pengerusi PIBG – En Azmi
bin Mohd Yusof


ACARA PRA HARI KOKU :-
(jadual pertandingan- rujuk blog aktiviti)
Catur
Karem
Sahibba ( L/P)
Hafazan ( L/P )
Nashid Solo ( L/P )
Khat ( L )
Sajak ( L/P )
Pidato ( L/P )
Membina Laman Web Kelas/Sekolah
Kuiz Lukisan Geometri
Inventori Explore Race
Roket
Rekacipta/Inovasi (Kertas Kerja)
Lukisan SMTLC 2010
Lukisan Anti Jenayah /Dadah
Futsal
Sepak Takraw
Ping Pong
Bola Tampar
Bola Jaring
Petangue ( Lelaki Atau Perempuan )
Kawat Kaki Statik Dan Formasi
Mendirikan Khemah
Orientering
Membina Blog berkaitan sekolah

Syarat :

1. Pertandingan antara kelas tingkatan empat sahaja
2. Setiap kelas di wajibkan menyertai SEMUA acara No 1 – No 17.
3. Maksimum penyertaan bagi setiap pelajar adalah tiga acara .
4. Perubahan syarat-syarat tertakluk pada urusetia.
5. Keputusan akhir adalah muktamad
6. Sebarang bantahan sila rujuk pada urusetia
7. Projek yang boleh dibuat dirumah :-
a. Membina laman Web berkaitan sekolah.
b. Membina Blog berkaitan sekolah.
c. Melukis Poster Gambaran Sekolah SMTLC pada tahun 2010
d. Melukis Poster Anti Jenayah / Dadah.
e. Membina Roket


Sunday, October 19, 2008

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN




PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN
TARIKH : 20 - 23 OKT 2008
MASA : 8.00 - 2.15 PTG
TEMPAT : SILA RUJUK JADUAL
KELAS-KELAS YANG TERLIBAT MENGIKUT MATAPELAJARAN
Oleh itu pelajar-pelajar di harap dapat memberi penumpuan dan sentiasa hadir ke sekolah.

Friday, October 10, 2008

Majlis Sholat Hajat Dan Bacaan Yasin

(ini mesjid baru seri iskandar...)
Majlis akan di adakan pada :


30 Okt 2008
MESJID HOSPITAL BESAR IPOH
6.45 PTG - 9.00 Malam

Aturcara :-

  1. Sholat Magrib
  2. Bacaan Yasin
  3. Sholat Isyak
  4. Sholat Hajat
(jamuan berbungkus dptkan kupon)

*perubahan tertakluk kpd keadaan, mungkin sholat hajat selepas bacaan yasin.


Semua warga SMTLC terutama pelajar tingkatan 5 dan ibubapa dan sedara-dara dijemput datang untuk sama-sama mendoakan mereka supaya dipermudahkan menjalani peperiksaan seterusnya dapat keputusan yang cemerlang..


mudah-mudahan... untuk itu, pelajar kena mentuluskan hati terhadap Allah. Sebelum tu..datanglah jumpa guru-guru untuk memohon maaf dan minta di doakan. Bawa le buah tangan.. kuih raya ke, kad ucapan dan buah-buahan. Kalau ada hutang clearkan... wslm

Tuesday, October 7, 2008

SELAMAT KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH

(gambar - petang di sawah di prt 2 brt sg besar selangor ..)

Salam kepada warga SMTLC...
Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.. khas untuk semua warga SMTLC...
Kembali semula ke alam sekolah dengan membawa azam baru.
Semoga pelajar tabah dan bersedia menghadapi peperiksaan. Yang terdekat amali SPM Vokasional dan Peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. (awas pelajar asrama pastikan markah anda lebih 50% untuk anda kekal di asrama.. jika tidak ..sayonara).



Ingatan kepada pelajar tingkatan lima, sila hantar borang-borang berikut kepada guru kelas dengan kadar segera:-
1. Borang penilaian gred kokurikulum untuk mendapat markah 10%. Markah ini akan dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia...SEGERA !!, jika tidak faham.. sila jumpa PK KOKU..
2. Borang Draf Sijil.


Site Meter Jam
Kalender

widgeo
  • ISILAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN ZIKRULLAH
  • BACAAN AL QURAN 1
  • BACAAN AL QURAN 2
  • BACAAN AL QURAN 3
  • BACAAN AL QURAN 4
  • BACAAN AL QURAN 5
  • BACAAN AL QURAN 6
  • ...............................
  • KATA - KATA MOTIVASI


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini